Monday, June 28, 2010

VAN UNTUK MASJID

Pihak pengurusan Masjid Khairiah Chabang Empat merasakan keperluan kepada sebuah van untuk pengangkutan masjid semakin terdesak. Banyak perkara yang boleh dilakukan apabila memiliki sebuah pengangkutan sendiri. Boleh melakukan usaha ziarah, boleh juga mengadakan lawatan ke masjid-masjid contoh dan berbagai kegiatan masjid lagi.

Dalam usaha mendapatkan sebuah van pihak masjid bercadang membeli sebuah van yang berharga di sekitar RM 20,000.00. Pihak masjid telah menwar-warkan berita itu kepada anak mukim. Hasilnya seorang dermawan telah menyumbang RM 5000.00 kepada masjid. Beliau juga telah berjanji akan membantu lagi jika tidak mencukupi. Di samping itu Unit Kebajikan dan Khairat Kematian masjid juga telah bersetuju menyumbang RM 5000.00. Angan-angan hampir menjadi kenyataan. Sebuah van yang sesuai sedang dipantau. Kalau perlu kami akan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan van tersebut.

Friday, January 22, 2010

RESPON PERTAMA

Tumpat 22 Januari. Respon pertama daripada pihak agensi kerajaan terhadap rayuan sumbangan bagi melengkapkan Perpustakaan Al-Hidayah ialah oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mengikut setiausaha perpustakaan, saudara Ramo, pihak DBP telah bersetuju untuk menyumbang beberapa buah buku daripada pelbagai tajuk untuk perpustakaan ini. Pihak DBP meminta pihak perpustakaan menghantar wakil untuk menerima buku-buku tersebut.

Pihak masjid terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberi. Kami masih memerlukan sumbangan dalam bentuk peralatan ICT untuk mengakses internet di perpustakaan ini. Kami mengharapkan sumbangan seterusnya oleh badan-badan yang bermurah hati.

Tuesday, December 22, 2009

RAYUAN DERMA UNTUK PERPUSTAKAAN AL-HIDAYAH

Pembinaan bangunan menara dan perpustakaan, Masjid Khairiah, Chabang Empat, Tumpat akan siap menmjelang tahun 2010. Bangunan yang menjulang aras itu tersergam indah dan bercahaya berwarna warni pada waktu malam. Kewujudannya sedikit sebanyak menjadi kebanggaan para pengunjung masjid ini.

Apa yang penting bagi kita, keindahan menara masjid ini akan meninggikan syiar Islam di daerah ini. Menara ini akan menjadi pusat laungan azan sebanyak lima waktu sehari semalam, manakala perpustakaan yang dinamakan Perpustakaan Al- Hidayah akan menjadi tempat rujukan ilmu dan maklumat dikalangan ahli jemaah dan golongan pelajar amnya.

Bagi memenuhi hasrat ini, pihak pengurusan bercadang untuk menyediakan tujuh set komputer untuk mengakses internet disamping buku-buku rujukan yang terdiri daripada berbagai tajuk dalam bidang tauhid, fekah, tafsir Al-Quraan, tasauf dan termasuk juga buku-buku rujukan akademik dan bacaan umum.

Bagi peningkatan imam dan takwa dikalangan anak mukim juga, pihak pengurusan akan mengadakan program Usrah Jaya, iaitu perjumpaan dan penerangan untuk memantapkan lagi akidah dan kefahaman tentang Islam disamping menolak amalan pengambilan dadah berbahaya. Program ini akan diadakan pada waktu lepas sembahyang Insyak dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan Pembangunan Keluarga, Masjid Chabang Empat, Tumpat ( Permuafakata antara badan AADK Daerah Tumpat, Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat, PDRM Cawangan Cabang Empat, ADUN Wakaf Bharu dan PPM Cawangan Chabang Empat, Tumpat dan PIBG SK Chabang Empat, Tumpat).


Kekangan yang dihadapi ialah kekurangan input bagi melaksanakan program-program seperti peralatan atau buku-buku perpustakaan. Oleh itu pihak ajk perpustakaan merayu kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan bagi menjayakan misi kami. Segala sumbangan bolehlah disampaikan kepada Bendahari perpustakaan dan semua ajk di alamat surat menyurat :

Perpustakaan Al- Hidayah,
Masjid Khairiah Chabang Empat,
16210 Tumpat, Kelantan Darul Naim,
atau melalui akaun masjid di BIMB No: 03-018-02-0414219.

Kejayaan kami adalah harapan semua. Diatas sumbangan tuan diucapkan ribuan terima kasih. Jazkallahu Khaira.
Posted by AMLY RAMLY at 11:42 PM 0 comments
Labels: Setiausaha masjid - HP : 019-9599223

MASJID BAYANGAN

Sehari di masjid bayangan. Azan Subuh oleh Che Soh Tok Bilal dipagi itu betul-betul mencungkil setiap mata yang terbeliak kerana sudah kepuasan tidur. Masing-masing bingkas bangun, meleraikan tiga lilitan di tubuh, ikatan iblis laknatullah. Setelah mandi dan sesetengahnya berhadas besar, mereka bersegera ke masjid. Di masjid telah ramai para ahli jemaah mengerjakan sembahyang sunat sebelum subuh.

Sembahyang Subuh dimulakan dalam masa sepuluh minit selepas azan. Para ma’mum khusyak mendengar bacaan ayat-ayat suci yang dibaca oleh imam Ab Aziz. Memang beliau petah membaca ayat-ayat Al-Quraan. Imam lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir itu adalah diantara imam yang paling fasih bacaan Al-Quraannya di daerah ini. Sembahyang Subuh disempurnakan dengan wirid dan doa penutup yang ringkas. Sempurna fardhu Subuh pagi ini kerana jumlah jemaah yang mencecah ratusan orang.

Selepas Subuh, ada yang bergegas balik kerana urusan kerjaya masing-masing. Bagi orang pencen, mereka tidak perlu pulang awal. Sementara menunggu kedai ayam kampung milik Awang di hadapan masjid dibuka, mereka menghabiskan masa senggang itu dengan mengunjungi perpustakaan. Mereka berpeluang membaca buku-buka agama dan bagi yang celik komputer, mereka mula meraba papan kekunci komputer untuk mengakses internet. Banyak berita-berita terkini dapat dbaca dan diambil iktibar. Tak keluar wang sesen pun untuk membeli surat khabar. Mereka beredar dengan berbagai maklumat yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan.

Azan Dzohor akan berkumandang jam 1.14 petang. Baik mereka datang awal ke masjid. Sambil menunggu hawa panas yang menyelubungi badan hilang dek hembusan hidung alat penghawa dingin di bilik rujukan di perpustakaan, mereka membaca lagi. Lebih banyak cerita dan berita dapat dicapai melalui internet. Kalau rajin, boleh juga membuka program Al-Quraan untuk membuat semakan bacaan beberapa ayat Al-Quran yang didengar dalam kuliah Maghrib sebelumnya.



Tulisan penuh berikutnya